Posts

Image
Assalammualaikum kepada semua.. Saya ingin berkongsi kepada semua tentang pengalaman saya memancing di merata2 tempat. yang pertama saya ingin berkongsi pengalaman memancing udang galah kolam Untuk memancing kolam ini kita perlu ada pengetahuan sikit keran, memancing dikolam dan memancing di sungai banyak perbezaannya. Kalau anda hendak memancing dikolam anda perlu menggunakan umpan yang berbau seperti Hati dan jantung ayam. Potongan hati dan jantung ayam hendaklah tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar cukup untuk dipasang ke mata kail sahaja. Sampai saja dikolam tersebut anda perlu ukur atau sukat kedalaman kolam tu dulu. Adjustkan umpan dengan pelampung, umpan jangan dibiarkan tergantung atau diseret.  Anda boleh la mencuba tip-tip ini Insyaallah lumayan hasilnya.